Meh Secawan!

The Better is much Better..


Interview dalam English
Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi…
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang
kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…


Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami…. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tiansuaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasa
sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi
hatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2
pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas….
tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau
bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya…
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga……….. Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)