Sahabat yg dirahmati Allah sekalian. Kita sekarang amat jelas tentang saudara kita di bumi Palestin yg sedang diserang oleh puak2 zionis laknatullah. Dan saya ada mendengar di kalangan masyarakat kita dengan soalan “Boikot Israel dan Yahudi? Perluke?”. Kalau jawapan daripada saya, sudah tentunya jawapannya “YA”. Cuba tanya diri kita, apa yang kita mampu buat selain dari memboikot barangan Yahudi ni? Pernah tak kita meluangkan masa untuk berdoa untuk saudara2 kita di sana? Kalau “ya” baguslah dan teruskan demi saudara2 kita. Semoga Allah memakbulkan doa2 saudara sekalian. Tapi kalau “tidak”, apa kata kita buat perkara yang paling mudah untuk menolong saudara kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah memboikot barangan puak2 zionis ini. Ia sebenarnya semudah ABC kalau dalam diri kita adanya sifat keikhlasan dan belas kasihan. Tapi ianya agak sukar untuk sesetengah pihak yang suka tampil memberikan pelbagai alasan. Boleh saya katakan, sensitiviti kita sebagai umat Islam sudah terlalu kurang. Dalam diri kita, berdiri dengan bongkaknya sikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya perbuatan memboikot barangan puak2 zionis ni memberi impak yang besar kepada Israel dan Yahudi. Dan ini telah menyebabkan suatu undang2 diwujudkan oleh pihak2 berkuasa Amerika untuk menentang perbuatan boikot ini. Sebagai contoh “Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Contoh lain, Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Manakala Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.” (afero79, 2009). Untuk pengetahuan saudara ada juga sebahagian dari orang kafir yang memboikot barangan Israel atas dasar belas kasihan dan tak sanggup untuk melihat kekejaman puak zionis. Jika mereka yang tidak seagama tak sanggup untuk melihat kekejaman tersebut, kita sebagai saudara seagama sepatutnya lebih sensitive daripada mereka. Mahukah kita menjadi lebih teruk dari puak2 kafir?? Saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini merupakan cendikiawan2 yang berilmu tinggi. Jadi, fikir-fikirkan lah. Sama-samalah kita mengingatkan kawan2 kita yang mungkin tidak menyedari atau terlupa. Saya sebagai penulis pun kadang2 terlupa. Harapan saya agar kita sedar dan bangkit menentang demi saudara2 seagama kita di sana.
iTheme Techno Blogger by Black Quanta. Theme & Icons by N.Design Studio. Distributed by eBlog Templates