Meh Secawan!

The Better is much Better..


Cerita artis...
dipetik pada unsur yg x pasti kebenarannye...

KL, 10 DIS 2008: Hendak diikutkan, sudah lama seorang artis jelita ini mahu bercerai dengan suaminya, seorang usahawan tapi lama juga ditahan-tahan.

Tentu ramai ingin tahun apakah puncanya si isteri meminta cerai. Adakah kerana cemburu, zuriat, nafkah, batu api, orang ketiga atau campur tangan orang tua?

Siasat punya siasat, Murai Batu terkedu kerana punca penceraian mereka itu atas sebab yang pelik. Rupa-rupanya kerana si suami itu membuat hubungan dengan teman sejenis! Memang makan hatilah artis jelita itu apabila dapat tahu sikap buruk suaminya yang sudah terbarai...

Hai, kalau Murai Batu jadi bini usahawan itu pun, Murai Batu tentu akan melenting gila. Yalah, bukankah itu nafsu di luar tabii? Memang tak masuk akal betul. Bini dah cantik-cantik, lagi mahu skandal dengan sesama jenis. Itu dah kira lelaki biseks yang hari ini ada terselit dalam masyarakat kita.
Jangan Tak Lihat


Khabarnya, artis jelita ini mempunyai bukti yang sangat kukuh tentang hubungan bekas suaminya dengan kekasih sejenisnya itu. Entahlah, takkan dia nak ceritakan kot?

Sebelum ini Murai Batu dikejutkan dengan cerita seorang aktor kacak yang terkantoi apabila dilihat sedang berasmara dengan seorang maknyah. Eeeee, seramnya... Tak sangka aktor yang menjadi pujaan ramai itu dalam diam-diam ada split personality. Seleranya dua-dua boleh jalan!

Jadi pada yang terjebak dan terbabit itu, bawa-bawa sedar dan bertaubatlah. Murai Batu bukanlah nak bersyarah, tapi inilah antara penyakit-penyakit yang boleh mengundang bencana.



MURAI BATU: Biar andartu atau bujang lapok asalkan hidup normal.


by CeO

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)