Meh Secawan!

The Better is much Better..


Showing posts with label lawak. Show all posts


warkah ini ku dedikasikan untukmu yg bergelar wanita...


bukan keranaku xmenghargaimu, tetapi hati ini tidak lagi ada ruang untukmu
cukuplah ape yg tela kau buat pada hatiku dan juga diriku ini
aku tidak sanggup lagi untuk dipermainkan sebegini
andainya keputusan yg aku ambil ini membuatkan kau kecewa dan sedih,
aku memohon maaf dan berharap kau dapat melupakan aku selama nye
anggaplah selama ini aku tidak pernah wujud didalam kamus hidupmu
segalanya telahku fikirkan sedalam2nya
dan inilah yg terbaik untuk kita..maafkan aku wahai yg bergelar wanita..

akan tetapi,,
ini tiada kaitan dengan apa yg dipostkan oleh saudara ku yg bertajuk new 'pacar'
dan aku berani bersumpah untuk menidakkan nya..hehehe

~~gurau je beb..tiada kaitan ngan sape2 hehehehe :D

post by peNyu(bukan name sebenar)


Before marriage.... .

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!


After marriage....

Simply read from bottom to top.


Aku tahu di kalangan peminat2 blog ni mesti ada peminat Spongebob Squarepants kan termasuk la aku... Hahhahhaha... Di sini aku ingin berkongsi dengan korunk bahawa spongebob mmg wujud. Tapi aku tak tahu dia pandai ke tak buat Crabby Petty... hehehhee..
Ni la gambar spongebob yg sebenar.. hehehe :)

Interview dalam English
Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi…
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang
kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…


Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami…. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tiansuaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasa
sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi
hatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2
pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas….
tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau
bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya…
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga……….. Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."

ape nih..ketua jentera sahabat kita yg dalam proses pemilihan MPP tu sudah tergolek, kesian kalau di lihat di bilik mereka, iaitu saudara yg juga penulis blog ini...kelihatan seperti mereka ini sudah habis semua angin di dalam badan untuk buat kerja sedangkan malam ini adalah malam terakhir untuk mereka serta jentera sahabat kita dalam pemilihan kali nie...semoga mereka dapat rehat yang secukupnya petang tadi...huhu

Subscribe to: Comments (Atom)