Meh Secawan!

The Better is much Better..


Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts


Sahabat yg dirahmati Allah sekalian. Kita sekarang amat jelas tentang saudara kita di bumi Palestin yg sedang diserang oleh puak2 zionis laknatullah. Dan saya ada mendengar di kalangan masyarakat kita dengan soalan “Boikot Israel dan Yahudi? Perluke?”. Kalau jawapan daripada saya, sudah tentunya jawapannya “YA”. Cuba tanya diri kita, apa yang kita mampu buat selain dari memboikot barangan Yahudi ni? Pernah tak kita meluangkan masa untuk berdoa untuk saudara2 kita di sana? Kalau “ya” baguslah dan teruskan demi saudara2 kita. Semoga Allah memakbulkan doa2 saudara sekalian. Tapi kalau “tidak”, apa kata kita buat perkara yang paling mudah untuk menolong saudara kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah memboikot barangan puak2 zionis ini. Ia sebenarnya semudah ABC kalau dalam diri kita adanya sifat keikhlasan dan belas kasihan. Tapi ianya agak sukar untuk sesetengah pihak yang suka tampil memberikan pelbagai alasan. Boleh saya katakan, sensitiviti kita sebagai umat Islam sudah terlalu kurang. Dalam diri kita, berdiri dengan bongkaknya sikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya perbuatan memboikot barangan puak2 zionis ni memberi impak yang besar kepada Israel dan Yahudi. Dan ini telah menyebabkan suatu undang2 diwujudkan oleh pihak2 berkuasa Amerika untuk menentang perbuatan boikot ini. Sebagai contoh “Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Contoh lain, Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Manakala Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.” (afero79, 2009). Untuk pengetahuan saudara ada juga sebahagian dari orang kafir yang memboikot barangan Israel atas dasar belas kasihan dan tak sanggup untuk melihat kekejaman puak zionis. Jika mereka yang tidak seagama tak sanggup untuk melihat kekejaman tersebut, kita sebagai saudara seagama sepatutnya lebih sensitive daripada mereka. Mahukah kita menjadi lebih teruk dari puak2 kafir?? Saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini merupakan cendikiawan2 yang berilmu tinggi. Jadi, fikir-fikirkan lah. Sama-samalah kita mengingatkan kawan2 kita yang mungkin tidak menyedari atau terlupa. Saya sebagai penulis pun kadang2 terlupa. Harapan saya agar kita sedar dan bangkit menentang demi saudara2 seagama kita di sana.

warga Meh Secawan...

ape yg korang tahu pasal ekonomi??aku pasti xbyk dikalangan korang yang tahu pasal ekonomi...aku nk share one things kat korang....RIBA??korang taw x kan riba ni maksud die ape...RIBA lah salah satu punca atau sebab kenapa ekonomi kat dunia ni merudum...

Kenapa RIBA jadi puncanya??

baca selanjutnya....

link surat

Link

Bantuan kepada Palestin kini boleh disalurkan secara pembelian dimana hasil keuntungan dibahagikan kepada dana Palestin. Jadi adalah berita gembira kepada yang agak sukar menderma seperti saya.. Dimana membeli sambil menderma...


T-shirt ini akan ditulis Universiti Teknologi Malaysia di belakang T-shirt.. kami sudah memohon agar dipelbagaikan design dan juga patern baju. Jdi jika ada perkembanga mengenai design baju ini, akan di'inform' ke dalam blog...

kepada yang berminat boleh lah berurusan dgn

Apek - 0137143084

Syed - 0137976361

moga usaha mereka dirahmati Allah SWT

warga Meh Secawan...

ape yg korang tahu pasal ekonomi??aku pasti xbyk dikalangan korang yang tahu pasal ekonomi...aku nk share one things kat korang....RIBA??korang taw x kan riba ni maksud die ape...RIBA lah salah satu punca atau sebab kenapa ekonomi kat dunia ni merudum...

Kenapa RIBA jadi puncanya??

baca selanjutnya....


Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

-sumber dari http://www.malaysiakini.com

[nampak nya rakyat dah mula rasakan sesuatu yg harus ade perubahan dinegara kita ini..setiap kali pilihanraya kecil nampaknya pihak pembangkang dah mula tunjukkan taringnya..apakah strategy kerajaan untauk menangani fenomena ini..rasa nya xsabar lak nak tunggu PRU yg seterusnya..]

by -peNyu


tergerak hati aku nk posting pasal isu yg tgh hangat ni walaupun aku pasti korang sume tahu..just nk inform..kami warga Meh Secawan! support PALESTINE...sedih dan pilu bile melihat rejim zionis sanggup melakukan perkara2 yang telah melanggar hak asasi penduduk palestine...ape yang kite mampu buat???

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"


berdoalah warga Meh Secawan!...mungkin hanya itu yang kite mampu lakukan...


salam..

PaaNz..

Salam.

Maaf sbb lewat upload maklumat terpanas ni. Kepada para penggerak dibawah AHMAD FAIZ, kita berjaya memenangkan faiz, Kita sebagai sahabat, rakan dan taulan kepada FAIZ yang kini bergelar BELIAU mengucapkan ribuan tahniah atas kemenangan BELIAU. BELIAU kini dinobatkan sebagai MPP UTM 2009/2010.

Apa2 pun moga BELIAU tidak melupakan dimana titik hujung pangkal BELIAU bermula. Bila mana kita sentiasa beringat dari mana kita datang, maka segala keputusan/cadangan kita mungkin akan lebih bertimbang rasa. Moga dengan peningkatan warga lepasan DIPLOMA akan menaikkan lagi darjat atau pun 'market' budak2 DIPLOMA.

Kami budak DIPLOMA, tidak mudah digesel, kami mampu menolak.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah berputus asa, kerna kami punya semangat yg kuat.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah jatuh, kerna kami punya kerjasama.

Namun,
Jika kami bongkak, tegurlah kami.
Jika kami sombong, nasihatilah kami.
Jika kami lupa, peringatlah kami.
Jika kami rebah, kami bangun sendiri. !!!

Kami warga lepasan DIPLOMA,
hanya manusia biasa,
kami bisa melakukan kesilapan,
kami bisa melakukan kesalahan,
kami bisa menyakiti org laen,
kami bisa bergurau senda dan menyakiti org laen.

mohon maaf kami pinta.


Faiz - 946 undian
Sunah - 844 undian
Hafiz - 785
Dill - 773
Onn - 656
Umi - 445

Calon2 FKE.
Hanya tiga teratas sahaja dikira berjaya menduduki kerusi MPP bagi FKE. Moga Dill tidak bersedih hati.





Subscribe to: Comments (Atom)