Meh Secawan!

The Better is much Better..


Salam.

Maaf sbb lewat upload maklumat terpanas ni. Kepada para penggerak dibawah AHMAD FAIZ, kita berjaya memenangkan faiz, Kita sebagai sahabat, rakan dan taulan kepada FAIZ yang kini bergelar BELIAU mengucapkan ribuan tahniah atas kemenangan BELIAU. BELIAU kini dinobatkan sebagai MPP UTM 2009/2010.

Apa2 pun moga BELIAU tidak melupakan dimana titik hujung pangkal BELIAU bermula. Bila mana kita sentiasa beringat dari mana kita datang, maka segala keputusan/cadangan kita mungkin akan lebih bertimbang rasa. Moga dengan peningkatan warga lepasan DIPLOMA akan menaikkan lagi darjat atau pun 'market' budak2 DIPLOMA.

Kami budak DIPLOMA, tidak mudah digesel, kami mampu menolak.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah berputus asa, kerna kami punya semangat yg kuat.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah jatuh, kerna kami punya kerjasama.

Namun,
Jika kami bongkak, tegurlah kami.
Jika kami sombong, nasihatilah kami.
Jika kami lupa, peringatlah kami.
Jika kami rebah, kami bangun sendiri. !!!

Kami warga lepasan DIPLOMA,
hanya manusia biasa,
kami bisa melakukan kesilapan,
kami bisa melakukan kesalahan,
kami bisa menyakiti org laen,
kami bisa bergurau senda dan menyakiti org laen.

mohon maaf kami pinta.


Faiz - 946 undian
Sunah - 844 undian
Hafiz - 785
Dill - 773
Onn - 656
Umi - 445

Calon2 FKE.
Hanya tiga teratas sahaja dikira berjaya menduduki kerusi MPP bagi FKE. Moga Dill tidak bersedih hati.