Meh Secawan!

The Better is much Better..



WTF... apa aku nk ckp neh...

Pacaran... aku sebenarnye risau neh nk tulis atau tidak. Tapi aku tak sanggup menyimpan rahsia seorang diri... Aku rasa bersalah kalau rahsia ini aku simpan seorang diri. Lagi pun ini bukan suatu rahsia, ia wajar di war-war kan kepada umum.. Tidak ku sangka begini rupanya penyu yang aku kenal.. begitu anggun dan bersahaja bila mana bersama dgn **tut**...

Apa kata pacarnya di UTHM.. siapa sangka, penyu tak bleh hidup bersedirian, dimana ada penyu disitu ada pacarnya samada baru atau lama, itu saudara perlu bertanya kpd penyu.

Sudah berkali2 telinga aku terdengat kata2 awek manis dan manja bahawa perutnya amat seksi dan mampu menarik minat gadis pujangga pujaan ramai.. bayangkann gadis yang menjadi pujaan ramai meminati terhadap penyu.. huh.. siapa sangka perut yg bulat tidak menarik..

Tanpa banyak bicara aku mohon ampun dari penyu dan pacarnya diserata negeri samada Terengganu mahupun daerah Batu Pahat.. mohon ampun kiranya terkasar bahasa dan ter"over" bicara...


by PiDOT

Salam kawan2, rakan2, dato2, datin2, tuan puan, datuk nenek dan tak lupa juga adik2 abang2 serta kakak2 sekalian. Saya mohon saudara saudari semua menyambung lirik lagu diatas yang sememangnya saya tak tahu.

Mungkin saudara saudari masih ingat lagi siapakah pelakon terkenal kita yang juga mewakili warga http://mehsecawan.blogspot dalam arena futsal. Haaa.. ini lagi cerita mengenai beliau. Crew mehsecawan.blogspot skali lagi berjaya menyingkap apa yang telah berlaku kepada pelakon yang berkeras memaki producer.. Dan umumnya tahu antara producer yang telah terguris dgn makian pelakon sudah tidak hingin lagi mengambil FARID IZWAN dalam lakonan filem terbaru mereka.. Alahai kesian FARID IZWAN.

Namun kelihatan FARID IZWAN bukannya kanak2 kecil yang menangis menagih simpati, beliau bermula semula dgn ilmu memasak. Rezeki beliau melimpah ruah, jika bidang lakonan di tutup, masih ada bidang masakan.. Alhamdulillah syukur.

Jika di ceritakan bagaimana beliau mandapatkan keje sebagai tukang masak, agak peribadi utk diceritakan, nama kami mampu menyelit sedikit sebanyak apa yang beliau lakukan sehinggakan tauke pisang goreng sanggup mengambil beliau bekerja sebagai tukang masak. Tukang masak ini sememangnya banyak tanggungjawab, namun ia tetap diberi kepercayaan.. TAHNIAH.

FARID IZWAN yang pada mulanya cuba memohon kerja pada producer laen, namun "rumor" tidak dapat dikawal, maka semua producer sudah tahu akan kerenah beliau. Dengan keadaan FARID IZWAN yang sudah kehabisan wang saku, terjumpa oleh tauke pisang goreng, dgn nada yg sedih dan pilu melihat keadaan FARID IZWAN, tauke Sepu mengambil FARID IZWAN berkerja sebagai tukang masak. Suatu rezeki yang diluar fikiran manusia, INILAH yang dikatakan rezeki datangNya dari ALLAH SWT.. kita hanya mampu berusaha. atas semangat dan tekad FARID IZWAN mencari kerja, beliau akhirnya usaha beliau tidak sia2..

Beliau mula belajar cara memotong pisang

FARID IZWAN mula belajar cara membacuh tepung utk digoreng bersama beliau.. haha..

pisang pertama dilepaskan juga sebagai perasmian buat FARID IZWAN

Beliau agak takut dengan minyak panas.. agak jauh beliau berdiri.. Sebelah kanan FARID IZWAN adalah ex-rumate beliau semasa dia UTM SKUDAI selama dua semester.

Nampaknya beliau mula arif dlm bidang masakan.

begitulah betapa semangatnya beliau dalam mencari rezeki...


by PiDOT



Peh..terkejut pun ada..saje je try nk search Meh Secawan! kat google..bukan pe,sblm ni pnh jugak try search..tp xde output..hehe....rasa hebat gila bile blog ni masuk dalam ranking google...bukan senang nk masuk google search ni..klu korang ada laman web sendiri,msti korang tahu betapa susahnya nk masuk page rank google ni....ape2 pon..thanks to Meh Secawan! crew for supporting us..keep it up...

By..

PaaNz...WazZa...

Kalau tengok betul2 macam tak percaya pun ada. Tetapi era teknologi sekarang macam2 benda pelik kite dah tengok,"nothing impossible right". transperent screen nie, setahu aku tak masuk malaysia lagi kut (kalu ade pun,harga dia paham2 je la).
Aper2 pun korang tengok dan nilai dulu...


untuk pengetahuan korang gambar2 nie semuanya brand APPLE


by

CeO

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan oleh IFFHS bagi ranking kelab bola sepak di dunia ini..
statistik ini dikeluarkan pada hari jumaat iaitu bersamaan 23 januari 2009..

The IFFHS has drawn up statistically the best club sides from 1991 to 2008 with Juventus and Milan in the top four.

The International Federation of Football History and Statistics named its All-Time Club World Ranking for the past 18 years by taking into account results of national championships, cup competitions, the six continental confederations and FIFA.

Barcelona have come out on top with 757 points, followed by Manchester United on 678, but the rest of the top four is all-Italian.

Juventus come in third with 621 points, just pipping Milan on 611. Both are in front of the Real Madrid ‘Galacticos’, who have 605 points.

There are another four Italian sides in the top 20, as Inter come in sixth, with Roma in 14th, Parma – relegated to Serie B last season – in 16th position and Lazio completing the rundown.

Torino get a mention in 63rd place and Fiorentina are in 65th position. Sampdoria are 76 in the rankings, Bologna 104, Genoa 112, Palermo 119, Udinese 122, Cagliari 133, Napoli 137, Perugia 140 and Vicenza 192.

1 Barcelona (Spain, 757 points)
2 Manchester United (England, 678)
3 Juventus (Italy, 621)
4 Milan (Italy, 611)
5 Real Madrid (Spain, 605)
6 Inter (Italy, 567)
7 Bayern Munich (Germany, 563)
8 Arsenal (England, 550)
9 River Plate (Argentina, 503)
10 Chelsea (England, 442)
11 Liverpool (England, 435)
12 Porto (Portugal, 425)
13 Boca Juniors (Argentina, 420)
14 Roma (Italy, 405)
15 Ajax (Holland, 400)
16 Parma (Italy, 373)
17 Sao Paolo (Brazil, 367)
17 Valencia (Spain, 367)
19 Glasgow Rangers (Scotland, 364)
20 Lazio (Italy, 342)

jelas dengan ranking di atas membuktikan bahawa BPL masih lagi tidak boleh menyaingi liga italy kerana majoriti bg TOP FOUR utk ranking ini adalah dari kelab italy....Barca mewakili liga spanish sebagai satu2nya kelab spanish yg gah dengan menduduki ranking No 1..thanks Barca...

sumber dari channel4.com

By..

PaaNz

Daripada posting yang lepas telah kami janjikan siapakah digadis yang bersama pelakon kita FARID IZWAN. Dan kini kami warga http://mehsecawan.blogspot.com telah dapat mecungkil siapakah dia sigadis bertuah ini.

Gambar yang baru kami terima dari warga Meh Secawan! apa yang boleh dihuraikan disini ialah betapa senangnya pelakon kacak ini mendapat teman wanita walaupun tiada tawaran berlakon buat masa kini...sumber yang kami terima mengatakan bahawa pelakon ini baru sahaja selesai bermain futsal..sebaik sahaja bermain futsal,beliau terus berjumpa dgn teman wanita nya ini...betapa setianya pelakon ini dgn teman wanita nya tetapi sayang beliau suke menc***t... kalaulah teman wanitanya tahu sikap sebenar perangai nya..mungkin beliau akan ditinggalkan...

Namun oleh kerana dalamnya cinte mereka berdua, x mungkin dengan tabiat sedemikian akan dibawa ke tua, munkin tak lama lagi, pelakon kita akan cuba mengurangkan tabiat beliau sekali gus menghapuskan tabiat beliau yang tidak keruan itu.

Kami mempunyai sedikit maklumat mengenai kekasih hati FARID IZWAN. Nama manja yang selalu dilafazkan oleh si IZWAN adalah " Zu" dan nama sebenar adalah " ZURIAH ". Harap maklumat yang kami terima adalah benar.

Berbalik kepada bagaimana mereka mula berkenalan... suatu isu yag agak menarik dan agak berbelit2.. hehe.. dari sumber yang boleh dimanfaatkan... Mereka mula berkenalan sejak tahun pertaman DIPLOMA SAINS KOMPUTER. Kedua2 mereka belajar di UTM-INTERATIONAL CAMPUS KL. Mereka bersama selama setahun. Dari situ bermula bait2 lara dan bait2 manis antara mereka. Namun tidak ketinggalan juga dengan halangan dan permasalah.. Tidak manis suatu percintaan tanpa halangan. IZWAN dikatakan beralih angin, bukan tukar awek laen, tapi beralih "course" dengan bertukar kepada DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK. Maka IZWAN terpaksa memulakan semula di tahun pertama.

Namun pertalian mereka masih berjalan lancar.. sehingga masing tamat DIPLOMA dan pertalian mereka masih "valid" hingga kini. Kini sigadis sudah bekerja di suatu kawasan berdekatan dgn UTM-SKUDAI, namun tak dapat dipastikan lokasi sebenar. Dgn keadaan yang agak terkawal, hub mereka trus disinari mentari bulan mengambang.. Oh betapa bahagianya mereka.. Tahniah to IZWAN..

Kami dengan ini mengucapkan tahniah atas usaha IZWAN memperkukuhkan pertalian "volta tinggi" dengan baik sekali..

TAHNIAH SEKALI LAGI.. Moga IZWAN tidak berkechil hati dengan artikel ini yang ditujukan khas buat IZWAN...

p/s : thank to RADEN as our photographer.... and also PAAN as a part of these artikel.


by PiDOT

Berehat sebentar dengan melihat perkembangan tentang maklumat sukan...maklumat di bawah belum tentu lagi kesahihannya...hanya rumours sahaja....just wanna share...


Manchester City striker Robinho is desperate to leave the club with Chelsea waiting to rescue the Brazilian. (The Sun)

Chelsea winger Florent Malouda is being lined up by Spanish club Villarreal who are preparing a £9m bid. (Daily Mirror)

Tottenham have clinched the signing of Chelsea keeper Carlo Cudicini for around £1m. (Daily Mail)

Chelsea striker Didier Drogba says he wants to return to previous club Marseille. (Daily Mail)

Chelsea manager Phil Scolari has been told he can use the £12m gained from the sale of Wayne Bridge for January transfers. (Guardian)

Arsenal manager Arsene Wenger and midfielder Cesc Fabregas are being lined up by Real Madrid. (Daily Star)

Manchester City have rejected an approach from Blackburn to use Daniel Sturridge as part of the deal to bring Roque Santa Cruz to Eastlands. (Daily Mail)

Aston Villa are also keen on young striker Sturridge. (Daily Mirror)

West Ham have stepped up their pursuit of Brescia striker Savio. (Daily Star)

Sunderland and Newcastle are leading the race to sign unsettled Bolton defender Danny Shittu. (The Sun)

Tottenham defender Gilberto is set to join Getafe. (The Sun)

Middlesbrough are tracking Hull striker Marlon King whose future at the club is in doubt after a row with Tigers boss Phil Brown. (Daily Mail)

Sheffield United are hoping to sign Manchester City striker Darius Vassell in a £1.6m deal. (Daily Express)

Arsenal's hopes of signing Zenit St Petersburg's Russian forward Andrei Arshavin appear to have collapsed. (The Times)

Manchester City could now join the race to sign Arshavin. (Telegraph)

Lyon are expected to complete the signing of West Ham winger Julien Faubert. (The Times)

Portsmouth are still hopeful of tempting Juventus midfielder Christian Poulsen to join them on loan. (The Independent)

Chelsea have joined the race to sign Wigan winger Antonio Valencia. (The Independent)

West Ham have missed out on the signing of Fiorentina youngster Pablo Osvaldo. (The Independent)

Everton could turn to Racing Santander's Mohammed Tchite to solve their striking problems. (Telegraph)

Sevilla's £20m rated left-back Fernando Navarro is being tracked by Liverpool. (Telegraph)

Tottenham are keen on Inter Milan centre-back Nicolas Burdisso. (Daily Mirror)

Celtic have agreed a £1.2m fee for Manchester City's 20-year-old Welsh international striker Ched Evans. (Express)

Celtic have given the green light for defender Darren O'Dea to join Burnley on loan. (Daily Mail)

However, Wolves have joined the race to snap up O'Dea until the end of the season. (Daily Record)

Partick Thistle want to sign Hamilton Accies striker Lucas Akins on loan for the rest of the season. (Express)

Norwich are on the trail of Aberdeen's versatile defender Lee Mair. (Scottish Sun)

Hull boss Phil Brown may revive attempts to sign Bolton forward Kevin Davies. (Daily Mail)


TRANSFER TERKINI

Nigel de Jong [SV Hamburg - Manchester City] Undisclosed

Craig Bellamy [West Ham - Manchester City] Undisclosed

Manucho [Man Utd - Hull] Loan

Jermain Defoe [Portsmouth - Tottenham] £15m

Ritchie De Laet [Stoke - Man Utd] Undisclosed

Adem Ljajic [Partizan Belgrade - Man Utd] Undisclosed
Adem Ljajic [Man Utd - Partizan Belgrade] Season-long loan

Zoran Tosic [Partizan Belgrade - Man Utd] Undisclosed

Lassana Diarra [Portsmouth - Real Madrid] £20m



sumber:

Daily Mail

Telegraph

The Times

The Sun



By..


PaaNz

Salam semua,
Undian LUCAH telah tamat... aku ulang skali lagi.. UNDIAN LUCAH telah tamat. Undian yang bertajuk Adakah "posting" lucah diperlukan lagi? yang kini telah tamat dengan catatan 26 undian dan berlangsung selama seminggu. Undian yang baru sahaja tamat 11.59 tgh malam semalam memberi kita matlamat baru kepada hidup kita. Dengan undian, kini saya dapat perhatikan bahawa, sememangnya, lucah amat tidak diperlukan dalam kehidupan harian kita.

Dengan pungutan undi 65% tidak bersetuju atai tidak suka akan lawak berunsurkan lucah.. dan lebihan 35% mahukan lawak berunsurkan lucah... Nampaknya yang masih waras kelihatan mengusai undian.. dan moga lucah akan lebih tertutup.

Lucah samada diselitkan dalam bentuk jenaka, dalam bentuk kata2 ketika marah atau sememangnya menjadi lumrah yg terkeluar dari mulut seseorang adalah tidak sesuai berlaku dikhalayak ramai...

Jadi hasil dari undian ini dapat aku simpulkan bahawa "LUCAH" suatu kata atau adegan yg xsesuai utk semua lapisan masyarakat. Bagi yang selalu melafazkan nya, eloklah dikurangkan dan sekali gus menghapuskan dari tabiat anda dan saya sendiri..

Tapi kekadang kita terfikir.. SIAPAKAH YANG LAYAK MELUCAH.... Bagi pemerhatian saya.. tiada seorang pun yang layak melucah samada ketika marah, ketika gurau senda mahupun ketika serius.. Malah bagi lapisan masyarakat, jika anda pelakon sekali pun.. LUCAH tetap terlarang..

Jangan kerana anda PELAKON, anda bebas melucah.. TIDAK sama sekali.. Tiada undur kata jika sudah terkeluar... Ampun maaf dari saya, moga kita dapat mengurangkan kata2 kesat samada ketika marah mahupun berguran..

Sekian terima kasih..



By- PiDOT

Berita sukan yang terbaru... Team futsal Meh Secawan yang diketuai oleh Aktor terkenal yang baru-baru ini ada mencetuskan kontrovensi iaitu Famy Izwan akan menyertai pertandingan mulai 16-22 feb depan... menurut pengurus pasukan yang juga Famy Izwan, beliau telah mencari pemain-pemain yang berbakat seperti Akram hebat, Action, Ganu, Adi sekh, Herry, Jambu dan beberapa orang lagi untuk menyertai pertandingan tersebut.. Beliau berharap semua warga Meh Secawan akan memberi sokongan kepada pasukannya nanti.. Semoga dan diharap pasukan beliau akan mengharumkan serta memperkenalkan lagi nama Meh Secawan, seterusnya mencipta kejayaan di arena futsal UTM mahupun tanah air...
Terima kasih..


by Mr Herry

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.


Sahabat yg dirahmati Allah sekalian. Kita sekarang amat jelas tentang saudara kita di bumi Palestin yg sedang diserang oleh puak2 zionis laknatullah. Dan saya ada mendengar di kalangan masyarakat kita dengan soalan “Boikot Israel dan Yahudi? Perluke?”. Kalau jawapan daripada saya, sudah tentunya jawapannya “YA”. Cuba tanya diri kita, apa yang kita mampu buat selain dari memboikot barangan Yahudi ni? Pernah tak kita meluangkan masa untuk berdoa untuk saudara2 kita di sana? Kalau “ya” baguslah dan teruskan demi saudara2 kita. Semoga Allah memakbulkan doa2 saudara sekalian. Tapi kalau “tidak”, apa kata kita buat perkara yang paling mudah untuk menolong saudara kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah memboikot barangan puak2 zionis ini. Ia sebenarnya semudah ABC kalau dalam diri kita adanya sifat keikhlasan dan belas kasihan. Tapi ianya agak sukar untuk sesetengah pihak yang suka tampil memberikan pelbagai alasan. Boleh saya katakan, sensitiviti kita sebagai umat Islam sudah terlalu kurang. Dalam diri kita, berdiri dengan bongkaknya sikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya perbuatan memboikot barangan puak2 zionis ni memberi impak yang besar kepada Israel dan Yahudi. Dan ini telah menyebabkan suatu undang2 diwujudkan oleh pihak2 berkuasa Amerika untuk menentang perbuatan boikot ini. Sebagai contoh “Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Contoh lain, Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Manakala Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.” (afero79, 2009). Untuk pengetahuan saudara ada juga sebahagian dari orang kafir yang memboikot barangan Israel atas dasar belas kasihan dan tak sanggup untuk melihat kekejaman puak zionis. Jika mereka yang tidak seagama tak sanggup untuk melihat kekejaman tersebut, kita sebagai saudara seagama sepatutnya lebih sensitive daripada mereka. Mahukah kita menjadi lebih teruk dari puak2 kafir?? Saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini merupakan cendikiawan2 yang berilmu tinggi. Jadi, fikir-fikirkan lah. Sama-samalah kita mengingatkan kawan2 kita yang mungkin tidak menyedari atau terlupa. Saya sebagai penulis pun kadang2 terlupa. Harapan saya agar kita sedar dan bangkit menentang demi saudara2 seagama kita di sana.

warga Meh Secawan...

ape yg korang tahu pasal ekonomi??aku pasti xbyk dikalangan korang yang tahu pasal ekonomi...aku nk share one things kat korang....RIBA??korang taw x kan riba ni maksud die ape...RIBA lah salah satu punca atau sebab kenapa ekonomi kat dunia ni merudum...

Kenapa RIBA jadi puncanya??

baca selanjutnya....

Cerita artis...
dipetik pada unsur yg x pasti kebenarannye...

KL, 10 DIS 2008: Hendak diikutkan, sudah lama seorang artis jelita ini mahu bercerai dengan suaminya, seorang usahawan tapi lama juga ditahan-tahan.

Tentu ramai ingin tahun apakah puncanya si isteri meminta cerai. Adakah kerana cemburu, zuriat, nafkah, batu api, orang ketiga atau campur tangan orang tua?

Siasat punya siasat, Murai Batu terkedu kerana punca penceraian mereka itu atas sebab yang pelik. Rupa-rupanya kerana si suami itu membuat hubungan dengan teman sejenis! Memang makan hatilah artis jelita itu apabila dapat tahu sikap buruk suaminya yang sudah terbarai...

Hai, kalau Murai Batu jadi bini usahawan itu pun, Murai Batu tentu akan melenting gila. Yalah, bukankah itu nafsu di luar tabii? Memang tak masuk akal betul. Bini dah cantik-cantik, lagi mahu skandal dengan sesama jenis. Itu dah kira lelaki biseks yang hari ini ada terselit dalam masyarakat kita.
Jangan Tak Lihat


Khabarnya, artis jelita ini mempunyai bukti yang sangat kukuh tentang hubungan bekas suaminya dengan kekasih sejenisnya itu. Entahlah, takkan dia nak ceritakan kot?

Sebelum ini Murai Batu dikejutkan dengan cerita seorang aktor kacak yang terkantoi apabila dilihat sedang berasmara dengan seorang maknyah. Eeeee, seramnya... Tak sangka aktor yang menjadi pujaan ramai itu dalam diam-diam ada split personality. Seleranya dua-dua boleh jalan!

Jadi pada yang terjebak dan terbabit itu, bawa-bawa sedar dan bertaubatlah. Murai Batu bukanlah nak bersyarah, tapi inilah antara penyakit-penyakit yang boleh mengundang bencana.



MURAI BATU: Biar andartu atau bujang lapok asalkan hidup normal.


by CeO

link surat

Link

Bantuan kepada Palestin kini boleh disalurkan secara pembelian dimana hasil keuntungan dibahagikan kepada dana Palestin. Jadi adalah berita gembira kepada yang agak sukar menderma seperti saya.. Dimana membeli sambil menderma...


T-shirt ini akan ditulis Universiti Teknologi Malaysia di belakang T-shirt.. kami sudah memohon agar dipelbagaikan design dan juga patern baju. Jdi jika ada perkembanga mengenai design baju ini, akan di'inform' ke dalam blog...

kepada yang berminat boleh lah berurusan dgn

Apek - 0137143084

Syed - 0137976361

moga usaha mereka dirahmati Allah SWT

Pelakon tanah air kita FAMY IZWAN yang baru sahaja mewujudkan kontroversi "pelakon marah producer", kini muncul lagi dgn scandel terbaru.. Siapakah gerangan sigadis manis jelita itu. Moga pelakon tersebut tampil membersihkan nama beliau. Sehingga kini beliau menyepi dan wujud lagi ura2 bahawa beliau akan menyertai 'tournamet futsal' di kawasan beliau..

Antara candid yang berjaya diambil oleh anggota rela http://mehsecawan.blogspot.com ..



Kami akan siarkan siapakah sigadis manis itu... Ia bergantung kepada hasil usaha kakitangan http://mehsecawan.blogspot.com ...


by pidot..

warga Meh Secawan...

ape yg korang tahu pasal ekonomi??aku pasti xbyk dikalangan korang yang tahu pasal ekonomi...aku nk share one things kat korang....RIBA??korang taw x kan riba ni maksud die ape...RIBA lah salah satu punca atau sebab kenapa ekonomi kat dunia ni merudum...

Kenapa RIBA jadi puncanya??

baca selanjutnya....

keratan akhbar di atas mungkin menyebabkan pembaca Meh Secawan! tidak dapat membaca dengan jelas isi kandungan artikel tersebut...biar penulis di sini menceritakan hal sebenar...mengikut sumber terdekat...pelakon lelaki yang baru meningkat naik ini telah memaki produser filem atas sebab hal yg tertentu....pelakon yang baru setahun jagung ini telah menunjukkan belang nya dengan memaki hamun produser tanpa mengira status nya terlebih dahulu...

pelakon lelaki ini mendapat perhatian ramai peminat berikutan wajahnya nya kacak dan tampan sehingga membuatkan filem yg dibintangi nya mendapat sambutan menggalakkan dan seterusnya "box office"....selain itu..peminat perempuan juga turut menjadikan beliau sebagai idola no 1 mereka bagi industri tanah air ini....

malangnya...beliau telah menunjukkan sedikit sifat buruk beliau dan menyebabkan ramai peminat beliau menjadi semakin benci kepadanya...hasil daripada perbuatan beliau...beliau kini sudah kurang mendapat tawaran berlakon...gambar terbaru dari beliau menunjukkan beliau sedang menggaru kepala dengan gulungan kertas..mungkin beliau sedang mengalami stress setakat ini...



Klik utk lihat gambar artis tersebut..

kuang3x...jangan marah ha??


by..

PaaNz n PiDoT...

credit to.. Mr AkraM..


Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

-sumber dari http://www.malaysiakini.com

[nampak nya rakyat dah mula rasakan sesuatu yg harus ade perubahan dinegara kita ini..setiap kali pilihanraya kecil nampaknya pihak pembangkang dah mula tunjukkan taringnya..apakah strategy kerajaan untauk menangani fenomena ini..rasa nya xsabar lak nak tunggu PRU yg seterusnya..]

by -peNyu

Before marriage.... .

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!


After marriage....

Simply read from bottom to top.


Aku tahu di kalangan peminat2 blog ni mesti ada peminat Spongebob Squarepants kan termasuk la aku... Hahhahhaha... Di sini aku ingin berkongsi dengan korunk bahawa spongebob mmg wujud. Tapi aku tak tahu dia pandai ke tak buat Crabby Petty... hehehhee..
Ni la gambar spongebob yg sebenar.. hehehe :)




Khususnya utk fans prison break..season 4 adalah season terakhir utk tv-series yang hangat ini..ini adalah kerana FOX telah merancang utk tidak membawa semula tv-series ini pada season 2009-10...disebabkan itu..FOX telah memberi sedikit masa kepada producer dan writer tv-series Prison Break masa yang cukup utk membuat beberapa episod terakhir sebelum episod ni tamat....

berita gembira buat fans Prison Break kerana FOX memberi masa utk producer Prison Break untuk membuat beberapa episod terakhir jika tidak episod Prison Break tamat di episod 16 season 4..thanks to FOX..

Tv-series ni mula mendapat perhatian ramai pada permulaan tayangannya sekitar tahun 2005 utk season 1 tetapi bagi season 2,rating tv-series ni agak merudum berikutan lokasi utk tv-series ini berpindah kepada Panama..mula mendapat rating tinggi semula pada season 3 dan season 4..

nntikan kemunculan episod akan datang Prison Break pada bulan april ni..17 hari bulan...mungkinkah episod ni merupakan episod yang terakhir?atau masih ada lagi beberapa episod sebelum penamatnya...sama2 kita saksikan...

adios amigos...

By..

PaanZ


tergerak hati aku nk posting pasal isu yg tgh hangat ni walaupun aku pasti korang sume tahu..just nk inform..kami warga Meh Secawan! support PALESTINE...sedih dan pilu bile melihat rejim zionis sanggup melakukan perkara2 yang telah melanggar hak asasi penduduk palestine...ape yang kite mampu buat???

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"


berdoalah warga Meh Secawan!...mungkin hanya itu yang kite mampu lakukan...


salam..

PaaNz..

Salam.

Maaf sbb lewat upload maklumat terpanas ni. Kepada para penggerak dibawah AHMAD FAIZ, kita berjaya memenangkan faiz, Kita sebagai sahabat, rakan dan taulan kepada FAIZ yang kini bergelar BELIAU mengucapkan ribuan tahniah atas kemenangan BELIAU. BELIAU kini dinobatkan sebagai MPP UTM 2009/2010.

Apa2 pun moga BELIAU tidak melupakan dimana titik hujung pangkal BELIAU bermula. Bila mana kita sentiasa beringat dari mana kita datang, maka segala keputusan/cadangan kita mungkin akan lebih bertimbang rasa. Moga dengan peningkatan warga lepasan DIPLOMA akan menaikkan lagi darjat atau pun 'market' budak2 DIPLOMA.

Kami budak DIPLOMA, tidak mudah digesel, kami mampu menolak.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah berputus asa, kerna kami punya semangat yg kuat.
Kami budak DIPLOMA, tidak mudah jatuh, kerna kami punya kerjasama.

Namun,
Jika kami bongkak, tegurlah kami.
Jika kami sombong, nasihatilah kami.
Jika kami lupa, peringatlah kami.
Jika kami rebah, kami bangun sendiri. !!!

Kami warga lepasan DIPLOMA,
hanya manusia biasa,
kami bisa melakukan kesilapan,
kami bisa melakukan kesalahan,
kami bisa menyakiti org laen,
kami bisa bergurau senda dan menyakiti org laen.

mohon maaf kami pinta.


Faiz - 946 undian
Sunah - 844 undian
Hafiz - 785
Dill - 773
Onn - 656
Umi - 445

Calon2 FKE.
Hanya tiga teratas sahaja dikira berjaya menduduki kerusi MPP bagi FKE. Moga Dill tidak bersedih hati.





Subscribe to: Posts (Atom)