Meh Secawan!

The Better is much Better..


Futsal Malam 2009 kini sedang berlangsung.. Masih punyai beberapa perlawanan sebelum terkandas atau bergelar juara... hehe..

Untuk pengetahuan semua team futsal mehsecawan sedang bergerak pantas tanpa calar menuju puncak.. "game" kali nie adalah versi kalah mati dimana yg kalah boleh nengok jer kat tepi.. haha.. Aku rasa sungguh terharu malah tersedak dengan pencapaian team futsal. Ingatlah kawan2 bersatu teguh bercerai kawen laen, eh.. bukann... bercerai roboh... Jadi bersatu padulah dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, dan dalam masa yg sama, bermain tu biarlah bersama gumbira dan ceria... wa caya samalu kawan...


Below - ACTION-pemain mantop...


Below-sesi bergambar sebelum bermula perlawanan...


Below - pemain2 team mehsecawan


Below - ketika aksi mendebar akibat jaringan gol pertama dari pihak lawan..

Perlawanan atas neh berlangsung semalam bermula sekitar jam 9.00 malam di gelanggang futsal k9. Pencapaian amat memberangsang namun kenyataan adalah sebaliknya.. kerana pasukan lawan tidak cukup ahli.. Disitulah kelebihan yg kita peroleh.. Bagaimana jika pasukannya adalah mencukupi? hahaha.. "next round should be harder, better watch out our step"..

Keputusan semalam(round ke-3) : 6-1

jaringan oleh Action(1), Ganu(2), Adi(2), dan shahir.


keputusan sebelum ini :

round pertama(Isnin lepas) : 1-0

jaringan oleh Famy


Roung kedua(selasa lepas) : 5-0

jaringan : Ganu(3), Famy(1), Jambu(1)


Round ketiga(Jumaat-semalam) : 6-1


Sedikit vid utk round 3




Gilerrrr... Kereta merc dibuat dari emas putih.. cayalah bro..
hihi

Salam,

Post aku kali nie nk bahan kawan aku lagi.. kawan aku yg pernah kasi "key-Chain" berok... thanks for the "OLE-OLE".

Mangsa kali ini adalah Dato' [BO] kita... berbaju kuning, bilik bersepah mcm bilik aku, tido tak berapa nk cukup, kelas banyak ponteng, assignment org tlg wat.. meeting sana, meeting sini.. Ia lah.. dh bergelar Dato'.. hehe.. [BO], jgn marah ek... kamu diuji lagi...

Apa yang ingin di war-war kan adalah [BO] telah punyai h/p baru.. h/p yg punyai ciri/fungsi yang sesuai utk para Dato' mahupun usahawan tua serta muda.. Kini [BO] ber h/p baru demi memenuhi permintaan pengurusan masa yang cekap lagi berkesan. Dengan ini, beliau mungkin tidak lagi terlewat atau terlupa kelas atau "meeting".

serba sedikit mengenai [BO]

nama Ahmad Faiz

anak bongsu dari beberapa orang adik-beradik

berasal dari Nagori(klo xcilap)

merupakan pelajar UTM tahun 3

memegang jawatan MPP UTM- slalu juga kelihatan memegang h/p

sering berlegar2 disekitar K10 serta sering tido keseorangan dibiliknya(mungkin masih single)

merupakan pelajar FKE tapi jarang jumpe di FKE

sudah punyai 2 h/p dan kini tambah lagi satu h/p

bermotor Yamaha LC/RC couple

berlaptop Acer Power(xtahu apa series)

dan laen2 bleh tambah sendiri...


Raden - antara sahabat rapat Dato' semenjak diploma... MMG EXCITED

dasat tuh.. bleh "scroll" pakai jari..

Utk pengetahuan para pembaca, h/p [BO] adalah model LG-COOKIE... bagaimana rasanya klo aku pakai satu.. mesti xsesuai... utk aku mesti yg besar gedabak.. baru "style"... ....


salam,


buat rakan2 yang masih tidak tahu rupa bentuk LAPTOP action.. inilah antara beberapa gambar yang sempat aku ambil...

Kisah sebelum beli laptop :

Al kisah, tersebut lah kisah seorang kwan aku yang mmg terkenal dgn adegan bergayut di tepi tingkap mahupun tepian tangga, mengumat gamit sesuatu bagaikan tiada yg terakhir.... ceritanya begini, ACTION mmg sudah lama pinginkan laptop, sejak aku kenal beliau lagi, iaitu pada semester pertama di UTM, namun hasrat beliau tidak diluahkan.. Hasrat ACTION disimpan didalam hati, sehinggakan tiada siapa yang tahu apakah hasrat ACTION setelah berjaya menempuh dugaan utk masuk ke UTM skudai..

ACTION mula menunjukkan tanda2 berubah iaitu mula utk menambah madu, beberapa barang peribadi kelihatan diaslikan seperti motosikal RX-Z beliau yang baru sahaja di ASLIKAN dari luar dan dalam. Malah jam tangan juga dibarukan... eh.. mmg baru beli pun.

Semuanya bermula pada semester lepas 2008/2009-1. Action mula menunjukkan minat terhadap LAPTOP, beliau sering bertanya mengenai laptop kepada sesiapa sahaja yang punyai ilmu dan bakat didalam bidang komputer. Antara yg menjadi mangsa ada MUS dan PAAN. Segala persoalan yang tubik dari hati dan benak pemikiran dikeluarkan agar segalanya mempunyai jawapan.

Pergerakan ACTION tampak kian ketara terhadap laptop, kelihatan beliau ingin menambah benda yg beliau sayangi... Apabila ditanya adakah ACTION nak beli laptop ?. jawapannya hanya senyuman yg leret menyinari ruang bilik. Sah ACTION mahukan laptop, namun mulut berat utk berkata "YA" tapi bibir memberi isyarat hatinya..

Maka semester ini ACTION makin ganas dan rakus mengambil "pamplet" dan berjalan2 ke kedai2 laptop bagi mencari laptop yang terbaik... Segala laptop wujud dibenak otaknya, namun hanya satu yg perlu dipilih... antara CompaQ, Acer, BenQ, ToshiBa mahupun DeLL...

Akirnya action akur dengan kehendak dan nafsu beliau.. ACTION telah membeli laptop BenQ - yang mana, khas utk gaming... jika tak silap - Nvidia GeForce 8600M.. betapa mantapnya graphic utk sesebuah laptop... Tahniah buat ACTION...

Pada hari pembelian, ACTION telah mencuba "performance" laptop tersebut dengan bermain "game" " BattleField eps2" mmg mantap... aku sendiri nengok pun mantap.... Tapi pemilihan beliau tidak terlalu gopoh... dicarinya model laen yg lebih baek, tapi malang, semua model lean tiada dalam "stok".. agak kesian buat ACTION, inilah takdir yg menghendakkan ACTION membeli laptop BenQ....

Yeah.... BenQ menjadi pilihan....


suke gile ade laptop

mimik muka yang garang, marahkan amoi tue sbb calarkan kotak laptop die ... : p

hahaha.. akhirnya ACTION sudah ada laptop... UTK pengetahuan kawan2, ACTION amat berhati2 orgnya.. cermat dan berhemah dalam berbelanja... setiap barang yang bakal dibeli akan difikir berkali2... namun jika melebihi tarikh tamat tempoh, segalanya mungkin terkubur, hanya tinggal "pamplet"... hehe... Kami sebagai rakan2 ACTION sendiri, cuba menguatkan semangat agar membeli laptop, tidak kira apa model sekali pun asalkan laptop.... Memiliki laptop adalah perkara yg penting... banyak baiknya daripada laptop berbanding keburukan... tapi kita punya akal utk berfikir... gunalah sebaik mungkin...

nak tambah lagi... kini ACTION sudah punya byk barang utk diambil berat... Awek, motor, dan laptop... kami pernah menyuarakan pendapat agar membeli h/p baru yg canggih, tapi ACTION terlepas cakap.. mengatakan bahawa beliau taknak banyak tanggungjawab, katanya lagi

"nanti banyak plak barang aku nk jaga" ...

Lihatllah betapa "caringnya" hati ACTION....

p/s : kepada sesiapa yang memerlukan service tambahan, ACTION juga ada menyediakan pada waktu2 yg agak "limited"


by PiDOt



korang dah tgk ke trailer cite nie??aku dah tgk...macam gempak..tapi xtaw la kalau trailer je gempak..tp cite hampeh...hehe....just nk share kat warga Meh Secawan!...filem ni diadaptasi dari komik dan akan release di pawagam pada 12hb march 2009...


check it out this trailer...


barisan pelakon filem DragonBall Evolution
Goku (Justin Chatwin)
Bulma (Emmy Rossum)
Yamcha (Joon Park)
Master Roshi (Chow Yun-Fat)
Lord Piccolo (James Marsters)
Mai (Eriko Tamura)
Chi-Chi (Jamie Chung)
Grandpa Gohan (Randall Duk Kim)


By..

PaaNz...WaZza..

sumber dari dbthemovie.com/

susulan daripada artikel "new pacar" sebelum ini..bahawasenye saye telah menafikan perbuatan tersebut..sebagai trend mase kini, saye telah wat akuan bersumpah saye dihadapan seorng yg boleh mendengar sumpah saye di suatu tempat dan waktu yg dirahsiakan (utk menjage kepentingan sesetgh pihak) juga disaksikan beberapa pihak media.

berikutan dengan itu, seharusnya tiada lagi pandangan serong terhadap saye selepas ini setelah saya membersihkan nama saye terhadap tuduhan tersebut.

by encik penyu


warkah ini ku dedikasikan untukmu yg bergelar wanita...


bukan keranaku xmenghargaimu, tetapi hati ini tidak lagi ada ruang untukmu
cukuplah ape yg tela kau buat pada hatiku dan juga diriku ini
aku tidak sanggup lagi untuk dipermainkan sebegini
andainya keputusan yg aku ambil ini membuatkan kau kecewa dan sedih,
aku memohon maaf dan berharap kau dapat melupakan aku selama nye
anggaplah selama ini aku tidak pernah wujud didalam kamus hidupmu
segalanya telahku fikirkan sedalam2nya
dan inilah yg terbaik untuk kita..maafkan aku wahai yg bergelar wanita..

akan tetapi,,
ini tiada kaitan dengan apa yg dipostkan oleh saudara ku yg bertajuk new 'pacar'
dan aku berani bersumpah untuk menidakkan nya..hehehe

~~gurau je beb..tiada kaitan ngan sape2 hehehehe :D

post by peNyu(bukan name sebenar)


salam kawan2...
baru2 ni aku g melake ngan geng2 aku..
mase tu ngah holiday..
xtahu nak wat pe kan..
tetiba pada 2.15pm membe aku ni sms aku lah..
die ajak g melake..
aku on je tanpa ragu2..
sewaktu tiba di melake, agak malam lah..
mase tu lupe nak lunch..mmg time tu perut tengah lapo tahap dewa lah..
kalo xsilap kat dataran pahlawan kot..
maklumlah waktu cuti,kenderaan banyak..dah lapo, tambah lagi ngan jam plak tu,,
mase tu nampak je kdai mkan kat tepi jalan, perut ni rase pedih cam disimbah asid je..
dapat parking je dak2 ni trus lah cari port makan...
jalan punya jalan...
kite org nmpak cam deretan kedai makan..

"ramai org kat situ!" kata kawan aku..
"mesti sedap kan..jom r lincah", balas sorg lagi kawan aku..

mase tu semua lari lah sebab lapo giler ni...
terbayang kat kepale otak aku hanya sepinggan nasi goreng yg sedap...hehhe

tetapi..............

alangkah terkejut nye aku dan rakan-rakanku bile terpandang signboard ini...
...
......
.........
.....................
mase tu aku berkata " weh sempat lagi ni (mase tu baru kul 10pm) sebab sat lagi kul 12 dah haram dah"...mmg gelak besar r kite org mase tu......

hahahhaha....
ape lah nye sign board wat aku tergelak je...tp ok gak pe..wat org tergelak mase ngah lapa..terubat gak perut ni..

naseb baik kite org dapat abeskan makanan sebelum kul 12..hehehhe
pastu ape lagi teruskan perjalanan lah disekitar bandar hilir pada waktu malam..

bestttt wooo melake waktu malam...datang lah wehhhh


~~~thanks to my friends black,zack,hanis,farhan,bedol,nana,naza n kete waja n myvi

post by peNyu

Subscribe to: Posts (Atom)