Meh Secawan!

The Better is much Better..


salam,


buat rakan2 yang masih tidak tahu rupa bentuk LAPTOP action.. inilah antara beberapa gambar yang sempat aku ambil...

Kisah sebelum beli laptop :

Al kisah, tersebut lah kisah seorang kwan aku yang mmg terkenal dgn adegan bergayut di tepi tingkap mahupun tepian tangga, mengumat gamit sesuatu bagaikan tiada yg terakhir.... ceritanya begini, ACTION mmg sudah lama pinginkan laptop, sejak aku kenal beliau lagi, iaitu pada semester pertama di UTM, namun hasrat beliau tidak diluahkan.. Hasrat ACTION disimpan didalam hati, sehinggakan tiada siapa yang tahu apakah hasrat ACTION setelah berjaya menempuh dugaan utk masuk ke UTM skudai..

ACTION mula menunjukkan tanda2 berubah iaitu mula utk menambah madu, beberapa barang peribadi kelihatan diaslikan seperti motosikal RX-Z beliau yang baru sahaja di ASLIKAN dari luar dan dalam. Malah jam tangan juga dibarukan... eh.. mmg baru beli pun.

Semuanya bermula pada semester lepas 2008/2009-1. Action mula menunjukkan minat terhadap LAPTOP, beliau sering bertanya mengenai laptop kepada sesiapa sahaja yang punyai ilmu dan bakat didalam bidang komputer. Antara yg menjadi mangsa ada MUS dan PAAN. Segala persoalan yang tubik dari hati dan benak pemikiran dikeluarkan agar segalanya mempunyai jawapan.

Pergerakan ACTION tampak kian ketara terhadap laptop, kelihatan beliau ingin menambah benda yg beliau sayangi... Apabila ditanya adakah ACTION nak beli laptop ?. jawapannya hanya senyuman yg leret menyinari ruang bilik. Sah ACTION mahukan laptop, namun mulut berat utk berkata "YA" tapi bibir memberi isyarat hatinya..

Maka semester ini ACTION makin ganas dan rakus mengambil "pamplet" dan berjalan2 ke kedai2 laptop bagi mencari laptop yang terbaik... Segala laptop wujud dibenak otaknya, namun hanya satu yg perlu dipilih... antara CompaQ, Acer, BenQ, ToshiBa mahupun DeLL...

Akirnya action akur dengan kehendak dan nafsu beliau.. ACTION telah membeli laptop BenQ - yang mana, khas utk gaming... jika tak silap - Nvidia GeForce 8600M.. betapa mantapnya graphic utk sesebuah laptop... Tahniah buat ACTION...

Pada hari pembelian, ACTION telah mencuba "performance" laptop tersebut dengan bermain "game" " BattleField eps2" mmg mantap... aku sendiri nengok pun mantap.... Tapi pemilihan beliau tidak terlalu gopoh... dicarinya model laen yg lebih baek, tapi malang, semua model lean tiada dalam "stok".. agak kesian buat ACTION, inilah takdir yg menghendakkan ACTION membeli laptop BenQ....

Yeah.... BenQ menjadi pilihan....


suke gile ade laptop

mimik muka yang garang, marahkan amoi tue sbb calarkan kotak laptop die ... : p

hahaha.. akhirnya ACTION sudah ada laptop... UTK pengetahuan kawan2, ACTION amat berhati2 orgnya.. cermat dan berhemah dalam berbelanja... setiap barang yang bakal dibeli akan difikir berkali2... namun jika melebihi tarikh tamat tempoh, segalanya mungkin terkubur, hanya tinggal "pamplet"... hehe... Kami sebagai rakan2 ACTION sendiri, cuba menguatkan semangat agar membeli laptop, tidak kira apa model sekali pun asalkan laptop.... Memiliki laptop adalah perkara yg penting... banyak baiknya daripada laptop berbanding keburukan... tapi kita punya akal utk berfikir... gunalah sebaik mungkin...

nak tambah lagi... kini ACTION sudah punya byk barang utk diambil berat... Awek, motor, dan laptop... kami pernah menyuarakan pendapat agar membeli h/p baru yg canggih, tapi ACTION terlepas cakap.. mengatakan bahawa beliau taknak banyak tanggungjawab, katanya lagi

"nanti banyak plak barang aku nk jaga" ...

Lihatllah betapa "caringnya" hati ACTION....

p/s : kepada sesiapa yang memerlukan service tambahan, ACTION juga ada menyediakan pada waktu2 yg agak "limited"


by PiDOt

8 comments

  1. PaaNz  

    gila la action...dah ada laptop baru sampai xnk balik skudai dah...haha....

  2. Anonymous  

    tp mouse dia x best... susah nak tembak zombie..hahaha

  3. Anonymous  

    servis tambahan?? cam menarik jer.. ko penah servis ngn action ke pidot??
    servis yg cmne tu??

  4. Unknown  

    action ni berlagak la sejak2 ada laptop baru..

  5. Anonymous  

    Gila.. akhirnya action dah berjaya beli laptop baru... sayang giler kat lappy dia sampai tak bagi aku tgk.. hahhahaaa
    aku sedang memfitnah action.. hahha

  6. Anonymous  

    action dak gemuok

  7. Anonymous  

    ade laptop bru skunk ni...
    brtmbh sombong plakkk

  8. pidot86  

    gemuk2 slow sket.. sensitif neh

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)