Meh Secawan!

The Better is much Better..






pada masa skg ni...sure la ramai yg dah balik kg masing2..
siap ada yg balik awal pon ada..hehe...

Di kesempatan ini...kami mengucapkan..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

maaf lah ye klu ade terkasar bahasa ke ape...
sume tu xsengaja.. :)

pulang lah ke kampung dengan selamat...beraya la puas2...
naik raya nnti byk dugaan lain yg akan datang...hehe

By..
PaaNz...admin & crew Meh Secawan!

salam to all team mehsecawan..

majlis berbuke puasa bersama2 tuk team mehsecawan akan diadakan seperti berikut:

tarikh: 12.9.2009
tempat: JB Catering
mase: kalo leh ade kat sane sbelum kul 6.30
pakaian: yg bersesuaian ngan majlis berbuke
transportation: sendiri eh..atau tumpang lah sape2
ahli yg join: 29 org..tgk post yg sebelum ni...
tema: satu malaysia menjana wawasan negara...HAHAHAH!!!


sila bayar kat mr.AKRAM sebelum jumaat ni k!!

hari ni kite akan membooking meja dan nak gtau penambahan nama dah ditutup ye...i'm sorry!!

jumpe di sana...salam

salam rakan2 mehsecawan.....

sebelum pape tgk ni dulu...sebagai pembuke selera..heheh

amacam...terliur x??

bukan pe..nak gtau ni..ape kate kite buke same2 kat kat tempat yg best..makan2 n lepak2 pah tu terawh ramai2(ramai ke??)

tawaran ni istimewa tuk rakan2 yang g tioman dulu.
sebab ade baki sikit kat duit kite hari itu.
ni cadangan yg telah di buat adalah sepertu berikut:

tarikh: 12hb sept 09 (sabtu)
tempat: JB Catering
bayaran: rm24 (sape yg g tioman, korg baya je rm10 tau..special offer)
antara menu: kambing golek,brayani,kupang bakar, roti jala. aneka nasi, aneka kueh, aneka air,aneka laksa, aneka mee, aneka pilihann anelka (player chelsea..heheh..melawak je)
comment: best n makanan banyak n sure korg xlarat abehkan..

korg cam biase ek..tolong coment n bg name...kalo leh yg g tioman hari tu diwajibkan g..kalo x g, haram,batal pose korg..hahahha (korg tambah 10hengget je lagi ok!)

kepada sape yg x g tioman hari tu..korg leh ikut gak..tp bayar full k 24hengget

pada fan mehsecawan, especially yg pempuan, aweks n gadis2..nyah aku xnak k..(raden ko jgn ajak budak tu..z..)

ok..ni kire kite nye post program tuk program tioman hari tu lah

sila bagi comment k..nak update sape yg nak g

update by pidot, verify by penyu... ;

1. penyu.. laju walaupun berat dgn cengkerang (siuut r mok)
2. paan
3. pidot
4. kuchai
5. fauzan
6. zuhairie
7. raden zuhair
8. Mr Yap aka acap
9. CEO
10. joe budak kelantan
11. famy
12. sepu
13. tauke wong
14. action----budak bijok SEM
15. BO atau faiz campo
16.Akram Hebat
17. Pakcik or Uncle
18.Adib
19.Piah
20.Prank
21.Roy
22.Rahman
23.Mr.hery
24.Daging
25.Yop
26.Ganu
27.Hasbullah
28.Muslim
29.King-kawan pidot






Warga Meh Secawan mengucapkan kepada sume pembaca blog ini selamat menjalani ibadah puasa...

janganlah anda ponteng puasa pada tahun ini..xelok...tahan la nafsu...baik dari mkn..dan dari nafsu yg lain2...



Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T :

Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.



By...

PaaNz...WazZa... :)

Setelah terlalu lama menyepi..kini kami cuba membuka selimut yg telah mebuatkan kami dibuai mimpi.. haha....









Aku letak lah sikit gambo2 yg kitaorg g ke tioman.... walaupun hanya 3 hari dua malam... mmg tak cukup... sebenarnya kita org terlalu bizi dgn tugasan2 harian yg kian hari kian bertambah.. namun apa bleh dibuat.. inilah kehidupan sebagai pelajar...

apa2 pun aku sangat2 berterima kasih kepada pihak pangajur yg berhempas pulas menjaya aktiviti ini bersama.. tanpa mengenakan bayaran tambahan sebagai upah... paling aku nk berterima kasih adalah kepada Akram hebat dan rumate beliau shahrezal yg berubah perangai mengikut persekitaran...

nanti aku update kan lagi gambar ikan2 yg berwarna warni yg sgt suka mencium mana tangan2 yg memberi roti.. haha....

by pidot...

Salam,

Aku nk ucapkan terima kasih atas kerjasama rakan2 sekalian... Dengan kerjasama ini kita telah berjaya merancang dengan penuh hemah walaupun agak keluar dari jadual.. hehe..

oleh yg demikian aku ingin umumkan info dari akramHebat...

1. Jumlah yg bakal bertolak ke tioman adalah 24 org, (24 seat sahaja)... tiket dengan penginapan sudah tempah....
2. Tarikh kita adalah 17 Julai untill 19 Julai 09...... 3D2N....
3. Tiket feri bertolak ke Tioman pada hari Jumaat, 17 Julai 09 jam 10.30 pagi...
4. Tiket feri bertolak ke semenanjung pada Ahad, 19 Julai 09 jam 2.30 ptg..

Jadi nya,, kita mesti sampai ke Jeti Mersing sekitar jam 9.30 pagi bagi mengelak sebarang kemungkinan...

Utk transportation dari Jb ke Mersing, kita sudah ada dan belum ada......

1. kereta Paan (kancil) - kompom
2. kereta Adib (kancil) - kompom
3. kereta Piah (kancil) - kompom
4. kereta Putih(savy) - kompom
5. kereta Ganu(wira -aero back) - kompom
6. masih mencari


by PiDOT...

Along sudah mau pungut duit..... !!!!!!!

Sila buat pembayaran kepada Mohd Akram @ AkramHebat bermula 13 Julai 2009. Memandangkan sumber kewangan sudah kukuh, Ptptn dan Jpa sudah masuk... maka sila pastikan bayaran dibuat kepada along2 yang bertauliah.....

Pembayaran yg awal dan pantas amat dialu-alukan bagi membantu para2 diplomat membeli barang2 masakan serta dapat melancarkan lagi operasi bersepadu ini..

sekian terima kasih,
dari saya yg menurut perintah..
by Sang Pepatung

*update 12 Julai 2009

salam rakan2...
ok ni adalah design tuk baju mehsecawan kita nanti...dan sedikit info yg anda semua perlu tahu:

color baju: color background blog mehsecawan

harga: maybe RM17

*
maybe ini bukan final design.tp mostly design ni adalah 97.32% konform.
*
tulisan belakang tu kite tukar ke http://mehsecawan.blogspot.com seperti yg dibincangkan dalam comment posting yg sebelum ini

baju ini kite pakai tuk percutian ke tioman selepas penat lelah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat untuk latihan industri.

jika ada sebarang komen atau cadangan sila comment di bawah ni eh..


~dari Fahmy Pulau Pinang dan Penyu Manjung untuk anda semua di mana2


-----------------------------------------------------------
idea tambahan dari desakan ramai...
berdasarkan idea ramai2 yg tak dikenali, masih ada yg dikenali.. hehe..
paan mintak letak gambar cawan nie kat blakang, besaq mana pun tak pa...
bawah gambaq cawan nie, letak link kita.. nie link kita.. pastikan tak dak www tue.. http://mehsecawan.blogspot.com.. tulisan mehsecawan kat atas gambaq cawan masih perlu dikekalkan... amacam...

bhgn depan
1. biar gambar org pegang surf board jer lagi bagus.. xpayah perkataan mehsecawan tue atau pun perkataan laen selain mehsecawan sbb dh ada kat belakang.

bhgn belakang
1. logo mohon digantikan dengan cawan JAVA seperti dibawah tapi hanya hitam.
2. perkataan atas logo cawan dibelakang mohon dikekalkan.
3. dan tambah link kat bawah cawan tu.. http://mehsecawan.blogspot.com

*update Pidot
----------------------------------

last design.. xbleh ubah dh... baju dh siap dh...


salam....

ada satu makluman ni..dari pengarah kita Mr.fahmy izwan..ni sms yg die anta kat aku.....

"penyu, kite nak wat baju x? leh x ko
tanye kan budak2 ni or hebahkan
dalam blog..baju maybe dalam
harge RM16 or RM17..."

maka aku pun mereply nye....

"baik boss..nanti saye post kan kat blog.."

so kat sini aku nak tahum setuju x kalo nak wat baju tu..sekadar kenang2an..camne admin ok x??harap sape yg bape pasal ni dapat di info2 kan ke rakan2 yg lain..sebab aku rase xramai yg rajin bukak blog kesayangan kita ini...

for information, baju ni kawan mie yg nak tolong wat kan..harap dapat bagi feedback yg memberangsangkan..

k 73 calio babai... penyu



Sapa yg nk baju.. sila kompom kepada Pidot, Penyu,dan Aku Akram Hebat..

1. fahmi izwan - S
2. uncle - M
3. akram - M
4. pidot - XXL
5. penyu - habibi - XXL
6. ganu - M
7. sepu(TAG) - M
8. kucai - M
9. tauke wong - M
10. daging - S
11. action - L
12. zuhairi - M (ju majuk ngna pidot sbb xtanye die, tanye bullah je) -menjawab ko pidot
13. raden - L
14. fauzan - S
15. adib - M
16. zizan(TX) - M
17. hasbulah awang - M
18. shah dewa -S
19. paan - S
20. Jo - M
21. Acap - M
22. Kimi- L
23. yop -
S
24.piah - S
25.CEO - S
26.Ghaffar - M
27. [BO] - M
28. P(F)rank - M
29. Roy - M
30.putih - M
31.mr.Hery - S

p/s : Warna baju adalah berdasarkan layout blog mehsecawan. Design akan dikeluarkan oleh pengarah dalam masa terdekat ini. Harap Bersabar. Setiap baju berharga antara RM 16 - RM17. Bagi yg tidak mengikuti trip ke tioman, anda juga boleh memiliki baju dengan harga yg sama. Penjualan baju terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki kurus atau gemuk.. Harga tetap sama.. hehe..



nie design yg aku peroleh dari AkramHebat-pidot,

*update 25/06/09




nie ha.. kasi terliur sket.... aku nk senaraikan nama yg nk pegi ke tioman, jadi kepada nama yg tiada sila khabarkan dan kepada yg ada nama tapi xnk pegi sila khabar kan juga.. sbb kita nk cancel chalet klo ramai xnk ikot... hehe... skang kita dh tempah 5 bijik chalet yg memuatkan 6 org satu chalet..

1. fahmi izwan - kompom
2. uncle - kompom
3. akram - kompom
4. pidot - kompom
5. penyu - habibi - kompom
6. ganu - kompom
7. sepu(TAG) - kompom
8. kucai - kompom
9. tauke wong - kompom
10. daging - kompom
11. action - kompom
12. zuhairi - kompom
13. raden - kompom
14. fauzan - kompom
15. adib - kompom
16. zizan(TX) - kompom
17. hasbulah awang - kompom
18. shah dewa - kompom
19. piah - kompom
20. kimi - kompom
21. Tuan Jo - kompom
22. paan - kompom
23. yop - kompom
24. acap - kompom
25.
26. putih - xkompom
27. basri - xpegi
28. c.e.o - xpegi
29. Frank - xpegi
30. Azroy - xpegi

keje yg perlu dilakukan.


tempah chalet
uncle - bijik4 - dh tempah 21/05/09

tempah tiket
akram - belum

pikir brg yg perlu
zu - blum terima

transport dari utm ke mersing
blum

Salam,

Selamat bercuti buat rakan2 sekalian, tahniah kepada diri kita semua atas kesungguhan menamatkan semester 200820092... Masing2 mungkin kini berada di rumah bersama keluarga, xlupa juga yg bersama awek/pakwe... serta pasangan masing2. hehe..

Okeh, aku nk bagi rumusan sedikit mengenai HOLIDAY semester hadapan,... Setelah jauh perjalanan dengan mesyuarat sebanyak dua kali demi memenuhi citarasa semua pihak.. Pihak yg bertanggungjawab memutuskan tempat HOLIDAY utk semester hadapan di :

Pulau Tioman.

Dalam mesyuarat, telah wujud pelbagai situasi dan percanggahan pendapat serta idea.. Namun atas kebijaksanaan Tuan Pengarah serta Timbalan Pengarah, mereka berjaya memuaskan hampir majoriti rakan2... Maka aku nk ceritakan keputusan sepakat yg berjaya dibuat...

Tempat : Kg Salang, Pulau Tioman
Tarikh : 17 Julai 2009 - 19 Julai 2009

Majoriti mehukan pakej asas(Basic pakej) dimana termasuk :
1. tiket feri dua hala
2. penginapan
3. makan/minum
4. pengangkutan ke Mersing

Jumlah keseluruhan RM 200++ per head

Majoriti memihak kepada pakej ini kerana, ia adalah murah, berbaloi dan menyumbang kepada penat.. hehe ( klo xpenat xfun plak, klo penat sgt kuali pun bleh terbang).

1. Tiket Feri
Tiket pergi dan balik dari Pulau Tioman

2. penginapan
Penginapan adalah di Salang Puaka Resort... ehh. SLANG PUSAKA lerr.... dengan chalet muatan standar 4 org akan dimuatkan 6 org. Utk pengetahuan umum, sebanyak 5 buah chalet telah ditempah. Yang mana mampu menampung kira2 30 org(saiz standard) hehe.

3. makan/minum
Makan dan minum adalah secara gotong royong. Dimana semua peserta diminta membantu sama laen agar tiada yg pulang dengan perasaan yg sedih dan kecewa. Jadi kita amat2 perlukan peralatan yg sesuai dengan jumlah peserta yg ramai.

4. pengangkutan ke Mersing
Pengangkutan samada dengan kereta mahupun motor jika perlu.



Penasihat Projek
MR AKRAM @ Akram Hebat

Pengarah Projek
FAHMI IZWAN

Timbalan Pengarah Projek
UNCLE @ POK CIK

Pegawai Penginapan
UNCLE @ POK CIK - Somebody should give a hand here

Pegawai Makanan
Zuhairi/Putih

Pegawai Alatan
Sepu/Kimi

Pegawai Feri
MR AKRAM @ Akram Hebat

Pegawai Pengangkutan
PiDOT-need help !!!!

Pegawai Aktiviti
STill Searching

Pegawai Banker
STill Searching



p/s : disini aku ingin merayu dan memohon agar dihulurkan sedikit bantuan demi mengisi kekosongan jawatan..
Banker
- diperlukan bagi mengutip duit sebelum bergerak.



Salam,

Setiap tahun warga mehsecawan mengadakan aktiviti percutian ke pulau2 pelancongan umum, ia bagi menambah serta mengeratkan silaturahim sesama rakan2... Bagi tahun lepas, warga mehsecawan telah ber"holiday" di Pulau Pangkor... yang mana aku xdpat hadir atas sbb lab tahun 3 aku jatuh pada hari Jumaat... Mungkin bukan rezeki aku pada ketika itu...

Maka seperti biasa, pada semester hadapan, warga mehsecawan akan mengadakan aktiviti percutian berbayar ke pulau2 indah utk ber"snorkling".. hehe

Berikut adalah carta organisasi bagi percutian kali ini,

Penasihat Projek
MR AKRAM @ Akram Hebat
Pengarah Projek
FAHMI IZWAN

Timbalan Pengarah Projek
UNCLE @ POK CIK
Pegawai Penginapan
STill Searching

Pegawai Makanan
STill Searching

Pegawai Pengangkutan
STill Searching

Pegawai Aktiviti
STill Searching

Pegawai Jemputan Luar
STill Searching

Pegawai Hebahan Blog
PiDOT


hehe..... all can be consider by Leader of these project..

Dengan tertubuhnya organisasi ini, pengarah telah mengumumkan agar diadakan mesyuarat pada malam ini utk membuat keputusan bersama. Pengarah menegaskan bahawa, kepada yg mempunyai sebarang idea, mohon dibawakan sedikit bukti bertulis agar mudah utk dibincangkan...

Mensyuarat malam ini bermula jam 10.00 malam bertempat di bilik Raden/Rahman... ub2 3016..




*update : pembetulan, tahun lepas, warga mehsecawan ber"holiday" di Pulau Tioman, bukannya Pulau Pangkor... Mohon maaf atas kesalahan maklumat atas sbb saya sendiri... mungkin sbb aku sedih krn xbleh ikot holiday tempoh hari, jadi sebagai tanda protes aku mengatakan yg korang g pangkor jer....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur, program "Jom Lepak" oleh admin mendatangkan hasil yg lumayan. Sambutan menggalakkan... Aku pun suke... hehe... Aku sememangnya suka aktiviti silaturahim sebegini dijalankan.. Cukup sekadar satu semester sekali..

Program yg berlangsung pada 16/04/09 bertempat di Lokman Tomyam Sri Putri.. Bintang yang dimaksudkan adalah saudara FARID IZWAN... semoga silaturahim terjalin hingga ke akhir hayat.

Seramai 29 org yg hadir demi menguatkan silaturahim.. Kita datang dengan satu niat, iaitu makan sampai kenyang... hehe.. Dengan 9 buah meja......

















Apa2 pun, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg sudi hdir memeriahkan sesi makan.... Kepada yg xdapat hadir, moga kita dapat bersama lagi di kesempatan yg akan datang...

Thanks to all.

by PiDOT... credit to Tauke Wong.

Assalamualaikkum,

Para rakan dan sahabat taulan sekalian alam, saban hari berlalu sepi.. masa kian meninggalkan kita, hari berganti hari, tahun berganti tahun, semester berganti semester.. setiap kita punya haluan masing2 yg perlu dikecapi demi menggapai impian masing2.. Namun kita tetap punya impian yg sama, demi mencapai kejayaan Dunia dan Akhirat... Tiada yg lebih melainkan matlamat utama seumpama ini... Matlamat berikutnya adalah mengikut hawa nafsu serta ilham individu masing2.. mungkin kita tidak punya matlamat yg sama bg ke-2.. tapi kita tetap sama bagi yg pertama.....

Tujuan utama jari aku menari2 diatas keyboard nie adalah demi silaturrahim kita sesama insan.. Saban hari kita dibebankan dengan tugasan dan rutin harian... 2 benda yg perlu dilakukan demi mencapai impian... Semuanya adalah atas dasar kejayaan dunia akhirat... Kita melaksanakan tugasan adalah ibadah... kita melagho dengan limit tertentu tanpa meninggalkan yg wajib serta sama sekali meninggalkan yg bathil adalah ibadah... tidak kira samada futsal ,travian, mafia war, NFSMW, monopoly, atau apa sahaja permainan utk mengurangkan stress adalah boleh...

Kita sudah besar,, kita sibut dengan tugasan masing2... kadang kala rakan sebelah bilik pun dh tak kenal.. .. jadi aku momohon kesempatan ini mencadangkan agar kita mengadakan perhimpunan haram berserta dengan santapan dinner.. Dimana kita boleh bersembang2 serta memohon maaf atas apa yg telah berlaku selama kita kenal...

Final Exam kita kian terasa bahangnya.. sudah cukup menjadikan diri kita gelisah dgn chapter yg belum dicover... haha.. sabar... pelan2 kayuh.. klo slow jugak, terpaksalah kita agresif...

Cadangan ini telah aku bincangkan dengan beberapa org contributor serta admin serta subadmin, dimana mereka bersetuju mengadakan pertemuan sedemikian dan mereke bersependapat dengan aku bahawa, kita sudah agak sibuk..... hehe... Kita sudah jarang melagho bersama... Dulu kita kita melepak beramai2, konvoi beramai2 ke pusat perkelahan, menonton wayang dengan record satu row zon tengah penuh.. kini kita tidak lagi.. Kita kian matang, kian bisi dengan tugasan masing2...

Cukup lah oooiii.. jom p makan2 sket.. lama xp makan2...

Admin ada mencadangkan pada malam
Khamis atau Jumaat bertempat di Lokman Sri Putri..
which is 16/04/09 or 17/04/09

Admin memilih LoKman Restaurant sbb
dekat sket..
tak mahal sgt utk santapan yg jarang2...
kita slalu jugak disitu, dan sudah biasa dengan menu dia
dan ramai bleh join...

no sponsor here, better ready with your own money

Disini aku menjemput
semua rakan2 Diploma KL,
semua rakan2 kepada rakan2 Diploma KL,
semua yg telah membaca blog ini...,
semua follower blog ini,
semua yg kenal,
semua yg baru nk kenal,
terbuka kepada semua yg inginkannya...

Go if you want, Don't if you had to.

p/s : luangkan sedikit masa utk menjalinkan silaturahim.. yg blum kenal kita cuba kenal2 kan2... yg dh kenal, kita cuba kenalkan rakan2 kpd yg dh kenal.





salam,
Atas tekanan dan tomahan yg menimpa para contribute, kami merasakan opss... aku.. aku merasakan tindakan menceritakan identiti seseorg adalah tidak bermoral sama sekali.. Dengan terpost nya posting mengenai jejaka Hebat, aku telah mendapat impak yg cukup kuat, cukup utk menggegarkan bangunan utama Travian... Dengan gegaran ini, mampu mencemarkan identiti serta perasaan seseorg..

Bemula dengan posting ini yg mendapat sambutan yg agak panas lagi hot... maka aku merasakan adalah tidak wajar mempopularkan seseorg yg tidak mahu dipopularkan.. Beliau yg lebih selesa dengan perwatakan simple dan low profile, maka aku mengambil keputusan menutup posting mengenai beliau.

Dengan ini aku selaku yg membuat posting, memohon seribu keampunan atas kecelaruan yg menimpa... Atas niat aku yg hanya ingin bersuka ria., telah bertukar menjadi masam phang... hehe.. Akram aku mintak maaf.. aku nk gurau2 jer..


Demikian, dengan rasminya aku menutup posting ini beserta dengan comment...

Sekian terima kasih..

Daripada PiDot yg suka merapu....

Subscribe to: Posts (Atom)