Meh Secawan!

The Better is much Better..



Korang leh tgk trailer die kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=Ohn9HQqTvU4

Filem wajib tonton...tgk trailer mcm gempak...orang kata filem ni adalah filem yg paling best di antara filem2 fast n furious...orang kata la..aku xkata...

trailer die mmg gempak dan jalan cerita pon menarik...kasi gegar wayang!..hehe..


INFO

Director : Justin Lin

Release Date: 2 April 2009 (Malaysia)

Tagline: New Model. Original Parts.


Full synopsis:

Vin Diesel and Paul Walker reteam for the ultimate chapter of the franchise built on speed -- "Fast and Furious." Heading back to the streets where it all began, they rejoin Michelle Rodriguez and Jordana Brewster to blast muscle, tuner and exotic cars across Los Angeles and floor through the Mexican desert in the new high-octane action-thriller.


When a crime brings them back to L.A., fugitive ex-con Dom Toretto (Diesel) reignites his feud with agent Brian O'Conner (Walker). But as they are forced to confront a shared enemy, Dom and Brian must give in to an uncertain new trust if they hope to outmanuever him. And from convoy heists to precision tunnel crawls across international lines, two men will find the best way to get revenge: push the limits of what's possible behind the wheel.


-from "TheHollywoodNews.com"

credit to :

http://www.imdb.com/title/tt1013752/
http://www.fastandfuriousmovie.net/


By..

PaaNz..WazZa..


ps:cite mcm ni la klu nk overnight boleh la...bukan cite mcm watchman..wakakkaka...no heart feeling ek...Im Sorry...

-------------------------------------------------------
Staff Sekalian..



Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff.

Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

1. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi
tiada kenaikan gaji.

2. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

3. WAKTU LUNCH

i) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

ii) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara
stabil.

iii) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

4. CUTI SAKIT

Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.

5. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka
dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda
dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum
'staff sembelit'.

6. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana
anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda
telah melanggar kontrak.

7. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca
e-mail,chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama
seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama
3bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sebarang pertanyaan,komen, aduan,kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain


Sekian, terima kasih.
-------------------------------------------------------------------------

p/s : moral of this notice, think yourself


By PiDOT

Amacam?Siapa sangka kat malaysia pon ada pingu taw...tp pingu ni cam gelap sikit je..mungkin duduk kat afrika kot..xduduk kat antartika...pakai spek lagi tu,takot silau..

Yang peliknye...Pingu tu tggu sape?die jaga petrol pam ker...hehe..ke die tgh paw brother tu...hehe...

credit to:isuhangat.blogspot.com

By..
PaaNz...WazZa..

Agak bosan aku ari ni...dengan asyik hujan je....so aku nk share teka teki ni kat warga Meh Secawan!...korang jawab kat ruangan komen...ok???

Soalan Teka Teki :
Anda Jalan, Dia Jalan, Anda Berhenti, Dia Jalan, Dia Berhenti, Anda Jalan ( Apakah Benda itu? )


p/s:bosan2...layan la teka teki ni ek...hehe....

By..
PaaNz...WazZa...

Salam,

Salam persaudaraan buat rakan2 sekalian alam... Agak lama aku membisu kan diri agar reda sedikit tomahan dari beberapa belah pihak yang suka akan kehilangan aku.. hehe... Aku tiada masa menaip al-kisah2 lagho yang sememangnya aku pun suka... Kehidupan aku penuh benda2 lagho.. Dari bangun pagi sehingga ke tengah malam.. banyak sangat benda lagho yg perlu aku layan... Jika benda lagho ini kita minat, susah macam mana pun keje tu mesti "done"..."consider done"...

Setelah lama membisukan diri serta jari jemari.. malam nie jari jemari aku ingin menari2 diatas keyboard demi memenuhi aktiviti lagho si otak kiri dan kanan aku.. ahaha.. jari aku sangat suka melayan kerenah hati gelap aku....erkk..xsure la gelap ke cerah...

Apa pun... kami beramai2 termasuk para "blogger" yang terkenal melepak bersama melayan lagho sambil makan NASI AYAM PENYET... nasi yg hanya punyai menu yg simple.. menu org tua2.. mcm menu parent aku je... tolak ayam ngan tempe.. tambah petai dgn buah jering.. hah... mantap kata mereka.... hehe pasti tambah nasik... nasik pastikan yg masih panas...


Berbaju merah - MR YOP.. si mulut dasat... katanya adalah luahan dari hatinya tanpa sebarang LPF atau HPF atau BPF.... so... mesti punyai "cover" yg kuat pada hati dan perasaan jika berurusan dgn MR YOP..

Berbaju hitam- MR BASRI... dgn panggilan manja "BUS".. hehe.. manusia yg suka memberi.. apa sahaja jika ditanya... jawapannya.. ambil lah.. hehe... beliau juga salah seorg "contribute" blog nie.. Jadi kepada sesiapa yg perlukan sesuatu boleh lah membuat "appoinment" dgn MR BASRI.


Berbaju merah - MR DEWA.. dewa coding tue... sape yg xpaham coding bleh jumpe beliau... yg ber"rumate" dengan MR ADMIN... nie kire bilik dewa2 lah... nk jumpe ade banyak protokol tuh.. mintak study dulu protokol yg penting2 agar mereka tidak dicemari...

Berbaju hitam(tengah) - MR PENYU.. yah.. sapa tak kenal penyu... mat salleh pun datang Malaysia nk tengok penyu bertelur... tapi penyu ni dok Johor.. nanti nak bertelur baru ke Terengganu... beliau yg dewa dalam pengurusan.. sapa nk buat konsert ke ape ke.. tabal-lah penyu sebagai pengarah projek jika inginkan projek yg berjalan dengan lancar... malah aku sebagai rumate beliau, banyak perkara aku pelajari...


Baju hitam(pegang gelas)- MR RADEN... siapa tak kenal raden. si mat rempit kasta tinggi.. sbb motor dia besar.. hehe.. Kini beliau sudah berpunya..kepada gadis2 yg impikan raden.. harap dilupakan niat murni anda.. hehe... beliau juga "roll model" yg baek utk dicontohi... jika inginkan perubahan pada diri kearah kebaikan.. perhatikan tindak tanduk si MR RADEN.. tapi jangan sesekali bertanya.. JUST LOOK N TRY WHAT HE DO... hehe


Berbaju biru - MR RAHMAN.. si rumate MR RADEN.. (mcm mana nk tulih ayat yg tak kutuk org neh)... seorang yg kurus, berperwatakan gumbira seperti kanak2 riang yg baru belajar berjalan... dh2.... Inilah MR RAHMAN... punya laptop DELL, baru dapat lesen kete... juga pelajar UTM..


Berbaju hitam - MR ADMIN.. his name is MR PAAN... admin yg bersahaja... juga salah seorang dewa.. ber"rumate" dengan MR DEWA.. amat bijak dalam permasalah "system PC", "networking" serta yg berkaitan dengan teknologi... jadi kepada manusia yg sering mangalami masalah dengan komputer anda, boleh memohon sedikit nasihat serta panduan agar PC anda tidak sering muram.. hehe...

Bebaju putih/hijau - MR FARID... hehe.. mehsecawan punya pelakon... jangan buat main dengan beliau... pada hari dan ketika gambar ini diambil, beliau dalam keadaan yg mengecawakan... apa yg beliau idam2kan, apa yg beliau impikan tidak menjadi realiti malah menjadi titik hitam didalam "memory ROM" beliau... Makanan yg diimpikan begiti lazat serta manarik pudar sama sekali... mungkin aku perlu menanggung kesalahan ini kerana kelewatan aku melihat serta merasa makanan beliau menyebabkan ia lewat utk diperbetulkan... sory famy... duitmu melayang bak "derma haram"... moga kamu lebih bersabar...


Berbaju hitam/kuning - MR ACTION... inilah dia action si penyamar berangkai yg cuba menyamar menjadi melur yg cantik jelita.. hehe... matanya yg kuyu akibat panahan sambal belacan ayam penyet.. hehe... walaupun matanya yg kuyu, beliau masih teguh dan kukuh dalam bisnes servise beliau.. tiada tangisan malam tanpa mu MR ACTION...


Berbaju hitam/putih - MR ZUHAIRI.... nama yg terlalu sinonim dalam fikiran aku... yang sentiasa berterima kasih kepada beliau yg punyai otak geliga hati murni... hehe... ilmu yg melekat di akal beliau, dengan senang hati mengajar kpd sahabat handai agar mereka yg diajarnya.. bijak sebagaimana beliau.. namun otak guru dengan murid adalah beza sama sekali.. apa2 pun THANKS to MR ZUHAIRI yg tidak pernah merasa jemu mengajar aku sejak aku disini...


Taklimat penting oleh MR ACTION, kelihatan MR PENYU begitu kusyuk mendengar... entah apa servise terbaru oleh MR ACTION...


*LPS = low pass filter. *BPF=band pass filter.

p/s : moga kita dapat berkumpul lagi bersama2 menjamu selera.. tapi rasanya kurang beberapa org rakan lagi la.. spt.. PRANK, FERON, SEPU, FAND*.. apa2 pun. just enjoy ourself.

p/s : lepas nie kena cari tmpt yg bleh dinikati bersama.. looks like somebody does't like ayam penyet.. sory for those who feel it..



by PiDOT

aku pun x pasti dengan pekara ini kerana aku tak main guitar hero iii. tapi dengan gambar yang aku paparkan ini jelas menunjukkan satu penghinaan kalimah ALLAH.masyaALLAH.

kepada sesiapa yang mempunyai Game ini jika benar ia menghina kalimah ALLAH, aku cadangkan bakar sahaja game itu.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane . Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat . Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika ) bersama dengan Chris Ward dan Mick West . Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England
Jika tidak di teliti dgn betul, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam . Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.


by

CeO



setelah sekian lama blog ini menyepi...terdesak plak aku nk post pasal bende ni..

RMK 9....
Buat pengetahuan warga Meh Secawan!..pengubahsuaian UTM city campus adalah di bawah RMK9...aku nk share kat korang sume pasal RMK 9 ni...sejauh mana kemantapan projek ni..

Projek ini dinamakan UTM international campus Kuala Lumpur...tiada lagi city campus...





Masjid UTM international campus Kuala Lumpur akan dibina bagi menggantikan masjid yang lama...di anggarkan menelan kos hampir RM 7,513,224.60 bg membina sebuah masjid baru ini...masjid yang diberi nama Sultan Ismail ini dijagka dapat menampung 1500 orang dalam satu masa dan dijangka siap pada 11 november 2010...xlama mana la ek...tahun depan je pon...hehe





gambar di atas ini pula adalah bangunan baru bagi kolej sains dan teknologi (KST)...bangunan 10 tingkat ini bakal digunakan oleh staff dan pelajar...bertuah staff ngn pelajar ni eh..haha...10 tgkt tu...huhu...

kos utk membina bangunan ini pula adalah RM58,490,700.00 dan telah pon memulakan projek utk membina bangunan ini pada 26/8/2008 dan dijangka siap pada 25/10/2010...


credit to: http://news.kl.utm.my/

By..

PaaNz....WazZa....





saje untuk tatapan hari ni, aku punye masa nak mengarut pulak...memandangkan mehsecawan agak lawa tidak diupdate gara-gara moderator kite saudara pidot sibuk bermain permainan barunya yang berharga 700ratus tu, dan dengar kata nak buat antenna terpanjang dalam sejarah, ye ke pidot..? hahaha, papepun, kita nantikan masa dan tikanya untuk saudara pidot berkomunikasi dengan mungkin ISS yang saudara angkasawan kita pergi dulu tu, huhu...jangan risau pidot, semuanya bermula dengan mimpi kemudian akan menjadi realiti dengan usaha yang berterusan,insyaALLAH....

berbalik kepada gambar diatas...gambar diatas mungkin tidak asing bagi sesetengah dari pengunjung mehsecawan namun ia tetap berbahasa asing, ahaha (pandai gak aku ngarut nih)...dulu kala, saudara penyu telah menyumbangkan equation-equation yang macam tak masuk akal, tapi tetap berakal (kerana berjaya mengjasilkan equation tersebut)...kali ini, takde equation tetapi ade sifat bahan merbahaya (hazardous material katanya) dan bahan kimia ini bernama...jeng-jeng-jeng..."WOMAN" atau dalam bi (bahasa ibunda)-nya "WANITA"....ahahaha,

tidak bermaksud untuk memperkecilkan sesiapa disini, namun penemuan ini telah berjaya merungkai beberapa persoalan dunia mengenai bahan ini yang kerap menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa sahajalah terutama kaum lelaki...walaubagaimanapun, adoyai..panjang gile nak tulis walaubagaimanapun tu *smackhead*...erm,saya amat bersetuju dengan data sheet, eeeh...eh, betul laa data sheet...saya amat bersetuju dengan data sheet diatas, sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada saya agak-agak ade sesape yang tak beberapa paham sebab berbahasa ibunda kan..saya akan cuba menjawab soalan anda dengan seberapa hemah yang mungkin...salam perpaduan, huhu

[BO]

Subscribe to: Posts (Atom)